ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Wednesday, September 11, 2013

Persahabatan & Cinta (Part 1)

Antara Persahabatan dan Cinta

Ramai orang akan buntu dan keliru bila harus memilih antara dua perkara ni. Sebabnya mungkin kerana kedua-dua perkara ni penting bagi seseorang untuk bahagia.

Sama juga dengan aku. Kalau boleh aku juga mahukan keduanya. Tapi bila aku harus memilih, mungkin aku akan pilih persahabatan.

Sebabnya, bagi aku nilai sebuah persahabatan lebih tinggi berbanding sebuah cinta. Sebab semua hubungan yang wujud antara dua insan yang tak memiliki pertalian darah adalah berasaskan satu hubungan, iaitu persahabatan. Even cinta pun kadang-kadang bermula dengan persahabatan.

Jadi walaupun suatu hubungan tu harus berakhir, ia juga seharusnya berakhir dengan persahabatan.

Kesimpulannya, tak apalah kalau harus kehilangan cinta, ataupun cinta tu pergi. Asalkan persahabatan tu kekal.

Lagipun, persahabatan tak perlukan cinta, ia cuma perlukan kasih sayang. Tapi cinta perlukan persahabatan dan kasih sayang. If you understand what I mean.

No comments: