ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Friday, August 2, 2013

Jumaat Terakhir

Bismillahirrahmanirrahim..

"..sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri (yang mengubahnya).."

Maksud ayat di atas, Allah takkan ubah nasib kita kalau kita sendiri tak nak cuba ubah nasib kita.

Maksudnya, kita takkan pernah dapat berubah kalau kita tak mahu berusaha untuk berubah.

Pendek kata..

Tak guna kalau kita kata nak kaya, tapi tak nak bersusah payah bekerja.

Tak guna kalau kita kata nak jadi orang baik, tapi masih buat perkara-perkara tak baik.

Tak guna kalau kita kata nak jadi seorang muslim/muslimah yang sejati, tapi langsung tak buat apa-apa usaha ke arah itu.

Usaha biar betul dan bersungguh. Jangan cuma hangat-hangat taik ayam.

Dan tolong, jangan jadi orang yang malas dan tak berguna pada diri sendiri.

Sekian, tazkirah pendek untuk Jumaat terakhir Ramadhan tahun ini. Semoga ibadah kalian sepanjang Ramadhan ini tak sia-sia.


Wassalam.

nota ekstra:

Minggu akhir Ramadhan.
Moga kalian semua mendapat
rahmat dan keberkatan-Nya,
serta dipertemukan dengan Lailatul Qadr.

No comments: