Assalamualaikum..
Empat bulan dah sejak aku renovate blog ni, tapi masih sama. Sunyi. Kosong. Sepi.
Ingatkan bila tukar layout semua dan mula dari awal boleh ada mood nak menulis, rupa-rupanya tak ada apa-apa pun.. hampeh, huh!
Sebenarnya mood menulis memang sentiasa ada, cuma idea yang agak kekeringan. Sejak 2-3 tahun kebelakangan ni aku rasa otak aku macam makin blur pulak. Agaknya effect lepas habis belajar kot, otak jadi beku sebab tak ada penambahan ilmu, tak ada 'function stimulator' untuk merangsang otak supaya terus aktif berfungsi. Yelah, dari umur 5 tahun pergi sekolah. Dah lebih 15 tahun terbiasa diisi dengan ilmu-ilmu baru setiap hari, terbiasa memproses maklumat-maklumat kompleks, dan terbiasa berfikir semaksima mungkin semasa nak jawab exam.
Sekarang bila dah tak buat semua tu rasa macam beku je otak. Asyik-asyik blur. Nak plan aktiviti harian pun kadang-kadang tak mampu.
Mungkin aku perlu tunaikan cepat-cepat niat aku untuk sambung belajar sebelum otak aku berhenti berfungsi. Kalau perlu biar terus belajar sampai habis nyawa.
Actually aku suka belajar. Aku lebih suka belajar daripada mengajar sebab aku tak rasa ilmu aku cukup banyak dan cukup tepat untuk diajarkan kepada orang lain. Mungkin orang yang aku ajarkan tu tahu sesuatu yang aku tak tahu. Atau mungkin apa yang mereka tahu lebih tepat dan benar daripada apa yang aku tahu. Sebab tu kalau aku jadi cikgu sekalipun, aku akan jadikan sesi kelas aku sebagai satu sesi perkongsian ilmu, bukan sesi pengajaran dan pembelajaran biasa. Tapi of course semua tu hanya akan berlaku kalau aku ada pusat perkongsian ilmu aku sendiri.
Cewah, tingginya cita-cita, huehuehue.. Apapun, aku tetap akan kembali ke dunia persekolahan dan pendidikan suatu hari nanti, sooner or later. InsyaAllah..
Ok.. berbalik pada cerita pasal blog. Setelah mendapati blog ni terlalu kosong, jadi aku pun membuat keputusan untuk re-publish semua post-post lama yang dah dipublish sejak awal penubuhan blog ni 5 tahun lalu. Sayang pulak kalau simpan. Walaupun kosong tak ada isi yang boleh dimanfaatkan tapi banyak kenangan yang terabadikan dalam post-post lama aku. Setiap tulisan taipan aku mempunyai kisah dan kenangan tersendiri, yang cuma aku yang tahu dan mengerti. So aku keluarkan balik untuk tatapan sendiri.
Kiranya ni comeback la untuk blog ni. So, welcome back, whatever.
Oh ya, for your info, whatever adalah nama baru untuk blog ni sebab blog ni tak pernah ada nama yang kekal. It's another bad habit of me, cepat bosan dengan sesuatu.
Sekian, bye.
4 comments:
Welkam bek, apa pun diucapkan selamat maju jaya pada tuan tanah, selamat menuntut ilmu kerana ilmu memang untuk dituntut, jarang sekali kalau dapat ilmu tanpa menuntut.
- nama samaran -
Belajarlah dengan tenang, jangan lupa pastikan apa yang dibelajar tu bermanfaat pada orang lain, kongsi-kongsi lah ilmu tu pada yang tersayang dan juga yang terbenci.
- URL address -
Terima kasih, tapi buat masa sekarang niat tu masih belum dapat dilaksanakan. Mungkin terpaksa tangguh lagi.
Doa-doakan lah ya.
Sekali lagi terima kasih.
Sama-sama, moga penulis blog yang comel ini akan termakbul impiannya menjadi seperti yang diimpikan, amin.
- nombor IC -
(nama samaran dah diberi, harap penulis tak tongsampahkan komen)
Post a Comment