ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Thursday, July 4, 2013

24

Assalamualaikum...

Semenjak dua menjak tiga menjak ni keluarga aku sibuk bincang pasal kahwin dan jodoh. Asalnya, yang nak kahwin adalah abang-abang aku, tapi sebagai seorang gadis yang dah mula melangkah masuk usia yang tipikal untuk dikahwinkan, aku pun terpaksa menghadapi tempias hujan-hujan persoalan yang aku sendiri belum mahu menjawabnya.

Sejujurnya kalau diikutkan, aku tak rasa aku bersedia untuk bergelar isteri, apatah lagi ibu, walaupun angan-angan aku memang kebanyakannya sering tertumpu ke arah itu. Well, sekarang ni budak umur 13 tahun pun dah pandai berangan-angan pasal kahwin, tapi tak bermakna mereka bersedia untuk berkahwin, bukan?

Buat masa ni aku cuma mahu enjoy kehidupan single aku. Walaupun kehidupan single aku taklah semeriah gadis-gadis single yang lain, tapi sekurang-kurangnya kebebasan itu ada. Kebebasan sebagai seorang gadis yang akan hilang serta-merta pada saat ijab kabul dilafazkan. Tapi bukan kebebasan yang negatif, okay.

Dan buat masa ni aku masih belum bersedia untuk kehilangan kebebasan tu, walaupun kadang-kadang keinginan untuk berteman memang jelas terasa.

No comments: