Post ni sebenarnya adalah sambungan daripada post yang lepas. Tapi post kali ni adalah lebih kepada pandangan dan pengalaman peribadi aku.
Artikel dalam post yang lepas sebenarnya aku jumpa dalam facebook beberapa hari lepas. Dan aku rasa artikel tu cukup menarik untuk dikongsikan, tambahan pula ianya amat bertepatan dengan situasi aku sendiri.
Kisahnya begini....
Aku dan dia berkenalan secara tak sengaja. Entah macam mana kami jadi kawan baik. Makin hari makin rapat. Dipendekkan cerita, suatu hari dia meluahkan rasa sayang pada aku. Walaupun pada mulanya aku agak keberatan, akhirnya aku terima jugak dia sebab aku sendiri sebenarnya memang ada simpan perasaan untuk dia.
Kami terus berhubung seperti biasa. Lama kelamaan kami semakin dekat dan mesra. Tapi semakin aku rapat dengan dia, semakin hatiku berat untuk terus bersama dengan dia. Entah kenapa aku jadi tak selesa bila kami berhubung. Aku rasa resah dan gelisah sepanjang masa. Banyak kali aku cuba jauhkan diri, lari dari dia.
Dia sendiri juga sedar kelainan aku. Katanya aku keliru.
Tapi sebenarnya aku tak keliru. Aku amat sedar apa yang aku mahukan. Dan aku amat sedar apa yang aku lakukan. Banyak kali aku cuba buat dia faham, tapi dia seolah-olah tak pernah faham keinginan aku. Atau mungkin sengaja pura-pura tak faham atau memang tak mahu faham.
Aku sebenarnya cuma mahu dia faham yang walaupun aku memang sayangkan dia, tapi aku tak rela diri aku dijadikan 'air musta'mal' oleh sesiapa pun. Dan aku bukan bahan permainan yang boleh dimain-mainkan. Bukan boleh dipujuk dengan pelbagai janji dan kata-kata manis padahal hakikatnya dia langsung tak bersedia untuk apa-apa.
Aku mahu dia mengerti yang aku tak berminat dengan hubungan tanpa nama yang entah di mana kesudahannya.
Akhirnya aku buat keputusan untuk lepaskan dia. Sama ada perpisahan itu untuk sementara atau selamanya, itu semua bergantung pada dia, serta suratan daripada Dia.
Aku? Aku hanya menanti ketentuan takdir. Andai dia memang bukan tersurat untukku, aku terima dengan redha. Buat masa ini, aku cuma mahu menjaga cinta itu biar ia kekal suci.

Kepada lelaki-lelaki yang belum bercinta tetapi ingin bercinta, jangan sekali-kali hampiri seseorang wanita jika anda masih belum bersedia untuk menikahinya. Tak kira betapa tulus sekalipun niat anda, jangan sesekali berfikir untuk merapati si dia sekiranya anda masih belum mampu melangsungkan pernikahan, kerana itu sama seperti anda mempermainkan dan menjatuhkan maruah wanita tersebut.
Cuba anda fikirkan, benar-benar tuluskah anda jika anda sendiri yang tanpa segan silu menjatuhkan maruah si gadis?
Jadi kepada lelaki-lelaki yang budiman, hormatilah gadis yang ingin anda miliki. Jaga dan hormati maruah mereka dengan menjaga jarak anda sehingga anda benar-benar yakin dan bersedia.
Ingat, jarak bukan hanya dalam bentuk fizikal, tapi juga dalam bentuk pergaulan dan perhubungan.
Kata orang, cinta boleh memusnahkan persahabatan.
Mungkin benar.
Buktinya, persahabatan aku dan dia terjejas kerana cinta.
Tapi sebenarnya bukan cinta yang merosakkan persahabatan,
sebaliknya cara cinta itu dijalinkan.
nota kecil:
kadang-kadang ada juga rindu
Mungkin benar.
Buktinya, persahabatan aku dan dia terjejas kerana cinta.
Tapi sebenarnya bukan cinta yang merosakkan persahabatan,
sebaliknya cara cinta itu dijalinkan.
nota kecil:
kadang-kadang ada juga rindu
moga tak terkeliru dengan nafsu
Sekian, wassalam.



5 comments:
Betul, saya sokong.
Apa yg awak sokong? Yang mana satu?
Semuanya, betul apa yang saudari tulis tu, lebih baik berjauhan andai belum bersedia untuk bernikah.
Oo lupa, andai gadis nak mencari calon, cari lah yang tidak menyusahkan kehidupan yang mendatang, cari lah yang boleh membahagiakan, bukan menyusahkan.
terima kasih atas nasihat tu..
saya tak kisah kalau pasangan saya tak mampu bahagiakan saya dari segi keduniaan, asalkan dia boleh bahagiakan saya dari segi rohani supaya kami boleh bahagia di dunia dan akhirat..
Post a Comment