Assalamualaikum..
Pertama sekali aku nak ucapkan selamat tahun baru pada semua yg menyambut tahun baru. Pada yg tak sambut tahun baru tu mungkin korang tak ikut atau tak guna kalendar Masihi, tapi tak apa, tahun dalam apa saja kalendar tetap akan berganti bila tiba waktunya.
Cakap pasal tahun baru, sekarang kita dah pun masuk tahun 2013. Tahun 2012 dah pun menjadi sejarah, jadi segala yg berlaku dalam tahun 2012 tu rasanya elok kita lupakan jelah. Semua kisah-kisah sedih, kecewa, putus cinta, putus tunang, putus kasih, putus kawan, gaduh-gaduh ke apa.. biarkan menjadi sejarah. Jangan diingat-ingat, jangan dikenang-kenang dan jangan diungkit-ungkit lagi. Mulakan la tahun baru dengan hidup dan kisah yg baru. Semoga tahun ni lebih
baik daripada tahun lepas dan semoga kehidupan kita pun bertambah baik berbanding kehidupan sebelum ni.
Tapi kalau ada kisah yg indah, kisah gembira, atau kisah kasih yg berlaku dalam tahun 2012 tu tak payah la nak lupakan jugak. Sayang, kan? Biarkan ianya terus kekal dalam kenangan, tersimpan indah dalam ingatan, dan jangan berhenti mencipta kisah-kisah baru yg indah lagi manis untuk tahun ini.
Lagi satu, biasanya sempena tahun baru, semua orang mesti akan sibuk buat azam. Tapi bagi aku, aku tak pernah buat pun azam tahunan. Aku cuma buat azam sekali je untuk sepanjang hidup aku. Masa tahun baru cuma renew azam je kot, hehe.. Apa dia azam aku? Rasanya tak perlu la korang tau kot. Biar la aku dan Allah je yg tahu. Malu la aku nak bagitau kat korang, hekhek.. :p
Untuk korang-korang yg ada buat azam sempena tahun baru ni, semoga azam korang semua tercapai. Mungkin ada yg berazam nak kawin bagi yg belum kawin, atau bagi yg dah kawin mungkin berazam nak dapatkan anak, atau kalau korang dah ada anak mungkin nak tambah anak, ataupun mungkin ada jugak di kalangan korang yg dah kawin tu yg berazam untuk tambah isteri dan sekaligus tambah anak dalam tahun 2013 ni, hehe.. Ok yg last tu aku harap tak ada yg buat azam macam tu. Kalau ada pun aku harap korang buat la cara elok, jangan la nak main sembunyi-sembunyi pulak ye..
Tak kisahlah apa pun azam korang, aku doakan urusan korang dipermudahkan agar azam korang tercapai. Tapi azam yg baik-baik jelah. Kalau azam yg tak elok tu baik korang lupakan je.
Sebenarnya tadi aku bukannya nak tulis pasal tahun baru pun. Ingatkan nak buat intro je pasal tahun baru tapi dah terkelaut pulak, hehe.. Takpelah, nanti aku tulis pasal apa yg aku nak tulis tadi dalam post lain.
So, kepada semua yg baca blog aku, wish you all Happy New Year.. semoga tahun ni tak berlalu dengan sia-sia.
Nota penting: Untuk seseorang, you know who you are, Happy Birthday to You.. Semoga hidup awak sentiasa diberkati dan sentiasa berada di dalam rahmat Allah.. Amin.

1 comment:
Salam..ucpan tu mcm utk akak je.klu akak xprasan..thnks.smga ff dpt klbhan pd thn ini.
Post a Comment