Assalamualaikum..
Genap dua bulan sejak last update. Aku perasan sejak kebelakangan ni tak banyak story yg aku tulis kat sini. Mungkin kerana kesibukan kerja, dan mungkin juga kerana memang tiada apa-apa kisah yg nak aku kongsikan dengan korang. Takkan nak kongsi kisah peribadi pulak kan?
Okeylah. Pertama sekali aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru dan Salam Ma'al Hijrah kepada semua umat Islam. Biasanya bila masuk tahun baru mesti ada azam baru yg akan kita buat dan akan ada impian serta harapan baru yg akan kita bina. Tapi hari ni aku nak story tentang Hijrah.
Hijrah kalau dari segi bahasa maknanya 'pindah'. Masa zaman Nabi, Hijrah merujuk khusus pada perpindahan Nabi dan kaum Muhajirin dari Mekah ke Madinah. Tapi dalam konteks zaman sekarang, perkataan Hijrah lebih sering dimakssudkan sebagai "perpindahan ke arah sesuatu yg lebih baik".
Secara peribadi, Ma'al Hijrah kali ni membawa makna yg agak besar bagi aku. Entah kebetulan atau memang takdir, sempena tahun baru ini, ada beberapa perkara yg baru bermula dalam hidup aku dan bermula daripada permulaan tersebut, ada juga beberapa perkara yg ingin aku mulakan semula. Dan aku sangat bersyukur kerana semuanya berlaku sempena Ma'al Hijrah yg bersejarah. Mungkin, hari ini akan menjadi salah satu hari yg bersejarah dalam hidup aku yg takkan aku lupakan, wallahu a'lam..
Berbalik pada topik asal, Hijrah dalam konteks dunia hari ini bermaksud kita berubah daripada tak baik kepada baik, daripada baik kepada lebih baik, atau daripada baik kepada terbaik. Maksudnya kita cuba berpindah atau berubah menjadi Muslim yg terbaik.
Err.. aku pun dah tak tau apa sebenarnya yg aku nak tulis.
Sebenarnya entry ni aku buat untuk didedikasikan kepada seseorang. Seseorang yg ingin berhijrah tapi seringkali tertangguh niatnya atas sebab-sebabyg tertentu. Hari ini, sempena 1 Muharam 1434H, akhirnya beliau berjaya atasi semua rintangan yg menghalang dan memulakan perubahan baru dalam hidup beliau. Tahniah untuk beliau.
Buat awak.. selamat berhijrah. Saya doakan awak berjaya dalam memulakan kehidupan baru awak.

1 comment:
Selamat berhijrah fifi
Post a Comment