ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Monday, April 16, 2012

LIFE is all about LOVE

Assalamualaikum..

Love. Bila cakap je pasal love or cinta, semua orang boleh cakap cerita panjang-panjang. Kalau suruh buat karangan tentang love rasanya 3500 patah perkataan pun tak cukup. Masing-masing nak cerita pasal makwe pakwe boyfren girlfren laki bini hubby wifey and blablabla so on and on.

Even kalau tanya budak sekolah Tahun Satu apa tu cinta pun macam-macam jawapan yang dorang boleh bagi. Advance sungguh kanak-kanak zaman sekarang, lap ingus sendiri pun belum pandai tapi dah pandai bercintan-cintun.

Dalam kata ringkasnya, kebanyakan orang dah set dalam minda dorang, that life is all about love. Hidup takkan sempurna selagi tak jumpa cinta hati yang dicari-cari selama ini. Maka sibuklah semua orang pergi kesana kemari kesinun kesini untuk mencari cinta sekaligus mendapatkan kesempurnaan hidup.


Well, that might be true. In fact, it IS true. Life IS all about LOVE. But it is NOT REALLY all about love.

Pening? Tak faham? Biar aku explain.

Sebenarnya hidup kita memang berkisar tentang cinta dan kasih sayang. Atau dalam bahasa paling mudah iaitu English, love. Cinta pada Tuhan, kasih pada Nabi, sayang pada makbapak, keluarga, kawan-kawan, suami, isteri, anak-anak, haiwan, tumbuhan, alam sekitar dan sebagainya.

Dengan adanya love, kita boleh tercipta. Dengan adanya love, kita boleh lahir ke dunia. Dan dengan adanya love, kita boleh survive atas muka bumi ni dengan aman dan harmoni.

See? It is all about love.


Tapi kebanyakan orang salah faham terhadap istilah cinta yang sebenarnya. Pada fikiran mereka, cinta atau love is just about mencari teman atau kekasih. Tapi mereka tak tahu atau kurang faham kenapa mereka perlu mencari teman. Mengapa mereka mencari kekasih. Jadi mereka pun pergi mencarinya tanpa tahu dan faham tujuan sebenar pencarian tersebut.

Maka akhirnya terjadilah kejadian-kejadian di mana si gadis lari mengikut teman lelaki, tinggal bersekedudukan hingga lahir anak luar nikah dan kes-kes pembuangan bayi sepertimana yang berleluasa sekarang. Nauzubillah.

"Ambik la kalau sudi.."
Jadi apa sebenarnya tujuan kita mencari teman atau kekasih? Tujuannya adalah untuk mendapatkan Cinta. Yup, that's right. Kita mencari cinta untuk mendapatkan Cinta. Kita bercinta untuk mendapatkan Cinta. In fact, semua yang kita buat dalam hidup adalah kerana Cinta dan demi Cinta. Cinta apa? Cinta Allah. Dan di situlah letaknya landasan cinta yang sebenarnya.

Apabila seseorang bercinta untuk mendapatkan Cinta, cintanya akan bergerak seiring dengan Cinta. Dia akan berusaha menjaga cintanya agar tak tercemar oleh nafsu. Supaya akhirnya dia boleh mendapatkan kedua-dua cinta, iaitu cinta dan juga Cinta. Di situlah letaknya kesempurnaan cinta dalam hidup.

Bila dah ada cinta dan juga Cinta, semua yang dilalui dalam hidup akan rasa indah dan mudah. Walaupun hidup susah sekalipun, tapi kerana ada cinta dan Cinta, hidup takkan terasa susah. Waktu tu la akan terasa betapa indahnya Cinta dan kehidupan.

Tak percaya? Cubalah, hehe..

I give my heart to you so you can keep it with you
Cewah, aku cakap macam ada pengalaman je ek? Padahal tak pernah bercinta pun, kuikuikui. Kalau korang tanya aku, serius aku memang tak tau apa tu cinta. Aku pun tak tau mana datang idea untuk tulis semua ni. Tetiba je dia muncul dalam kepala otak aku, jadi aku tulis jelah. Entah betul entah tak, korang nilai la sendiri.

Tak semua yang kosong tu kosong. Kadang-kadang nampak kosong tapi ada sesuatu yang tersembunyi di dalamnya. Entah apa aku merepek ni. Oklah, bbye.

Wallahu a'lam.



nota tak penting: perasan bagus..!! perasan baik..!! perasan cun..!! semua kategori perasan milik kau sorang..!! blah la lu..!! jari tengah untuk lu..!! (cakap sambil berdiri sorang-sorang depan cermin besar, ditujukan khas pada yang berada dalam cermin)

3 comments:

Samwan Sambadi said...

Kasih sayang...sbnrnya ia 1 drpd cabang2 tnggugjwp,smua makhluk bnyawa mmiliki sifat prasaan ni,cntoh tngugjwp ibu pd ank..xkira la smada haiwan atau mnusia.

Samwan Sambadi said...

Cinta..anugerah Allah pd mnusia,terbit dri naluri ingin dsayangi dn mnyayangi,sbaik2 cinta hanya pd Allah..itu le cnta hakiki,suci dan harum.

Firhan A. said...

samwan sambadi,
salah tu..cuma manusia dan haiwan yg tahu dan sedar tentang tanggungjawab yg akan ada prasaan kasih sayang..kalau tak takkan ada yg sanggup buang anak,tinggalkan isteri,abaikan keluarga dan sebagainya..takkan wujud orang macam aku..

samwan sambadi(again),
mmg pun,cinta Allah je yg sebenarnya cinta.. cinta manusia semua tipu,sebab tu aku tak pernah percaya dgn cinta manusia..sbb manusia mmg tak boleh dan tak patut dipercayai..semuanya penipu,walaupun orang yg paling jujur dlm dunia sekalipun..