ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Tuesday, November 30, 2010

Rahsia Dunia Itu

Sekian lama aku di sini. Di suatu sudut yg paling terpencil. Duduk menyendiri sambil memerhati dalam diam.

Dari sini aku dapat melihat dunia itu. Melihat secara keseluruhan setiap penjuru ruang. Memerhatikan setiap gelagat dan karenah manusia satu-persatu. Tiada yg menyedari kehadiranku. Kerana memang aku tak mahu kehadiranku di sini disedari sesiapa.

Dalam jutaan manusia di situ. Ada yg tulus. Ada yg dengki. Ada yg polos. Ada yg berhati suci. Ada yg serius dalam suka. Ada yg duka dalam gembira. Ada juga yg hipokrit dan bermuka-muka. Ramai juga yg berpura-pura.

Biarlah bagaimana pun ragam mereka. Aku akan terus tetap di sini. Menjadi penonton tanpa suara. Menjadi pemerhati tanpa jejak.

Diunia itu sebenarnya menyimpan banyak rahsia.

Tapi di hati aku, dunia itu suatu permulaan.

Aku mula mengenal realiti melalui dunia itu. Aku belajar menjadi matang dalam dunia itu. Malah aku juga mula mengenal cinta dari situ.

Dunia itu adalah....





....suatu realtti dalam fantasi.

*imported from my private blog*
autopost

No comments: