Semasa cuti raya yang lepas, aku berpeluang menyambut raya di rumah Mak Esah. Beliau ada ramai cucu, dan kebanyakan cucu beliau berusia 5 tahun ke bawah.
Sepanjang berada di rumah beliau, aku sering dikerumuni kanak-kanak, termasuklah anak-anak saudara aku sendiri. Sebahagian daripada mereka sangat manja dengan aku walaupun aku langsung tak ada kena-mengena dengan mereka. Macam-macam soalan yang mereka tanya tentang aku.
Dan ketika itu, buat pertama kali dalam hidup, aku rasa begitu rapat dan mesra dengan kanak-kanak. Padahal dulu aku tak pernah sukakan kanak-kanak sebab dorang buat aku rasa rimas. Tapi sekarang..... ya, zaman memang dah berubah.
Ni komen salah seorang daripada mereka tentang aku:
"Kakak ni cantik la, dah la suara pun lembut je.. sebab tu saya sayangkan kakak.."
Nasib baik kanak-kanak yang cakap, so aku senyum je. Kalau lelaki dewasa yang cakap macam tu, confirm aku dah cair dan terus peluk dia. hahaha..
Aku pun tak tahu macam mana komen macam tu boleh terlafaz dari bibir budak tu. Tapi setahu aku, budak yang baru berusia 5 tahun memang jujur dan tak pandai menipu bila bercakap, kan??
nota tak ada kena-mengena: lelaki tolong jangan jeles jika awek anda sukakan kanak-kanak.. itu menunjukkan yang awek anda ada naluri keibuan.. lagipun naluri seorang wanita memang sukakan kanak-kanak.. lagi-lagi yang comel macam mia sara..
No comments:
Post a Comment